Thursday, November 15, 2012

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Istana lama Kuala Kangsar


    Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.
    Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).
Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak.
Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia.
   Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.

Wednesday, November 14, 2012

Sejarah Kampung Lekir...


    Kawasan Mukim Lekir dipercayai telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Ia dipercayai perkampungan terawal yang wujud di Negeri Perak. Menurut cerita orang tua-tua di sini, Mukim Lekir mula diterokai pada1798 yang diketuai Haji Ahmad Haji Laji atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Gandah di kalangan masyarakat setempat. Mengikut legenda, nama “Lekir” berasal dari sejenis pokok yang suatu ketika dahulu tumbuh melata di kawasan kampung. Lekir juga suatu ketika dahulu terkenal dengan keagungannya sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan di Dinding atau telah dikenali dengan nama Manjung ketika ini.

   Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sedikit demi sedikit kegiatan perdagangan dan pelabuhan berpindah ke kawasan Tanah Merah (Lumut) dan Simpang Empat (Sitiawan). Kemasyhuran Pelabuhan Dinding beransur-ansur lenyap berikutan arus perubahan zaman.