RPH

ii.Pelan Pengajaran(RPH)
Mata pelajaran     : Kajian Tempatan
Tahun                                    : Tahun 5
Bilanagan Murid  : 38 orang
Tarikh                                     : 25.11.2012
Masa                                      : 8.25 pagi – 8.55 pagi
Tema                                     : 7.Sejarah Negara Kita
Tajuk                                      : 7.1 b) Kegemilangan Melaka
i.              Pentadbiran
ii.             Susun lapis masyarakat
Hasil Pembelajaran            : Pada akhir pembelajaran,murid akan dapat;
i.              Menyatakan hiraki dalam pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka.
ii.             Menyatakan tugas dan tanggungjawab setiap jawatan pembesar dalam sistem pemerintahan kerajaan Melaka.
iii.            Mengetahui susun lapis masyarakat semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.
iv.            Menuliskan bidang tugas setiap jawatan pembesar dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.
Kaedah dan teknik pengajaran:
i.              Bercerita
ii.             Soal jawab
iii.            Memberi pendapat
iv.            Perbincangan
v.             Menyalin catatan/nota pelajaran
Penerapan nilai
i.              Berbangga dengan sejarah dan warisan negara sendiri
ii.             Kepentingan sistem pentadbiran yang cekap
iii.            Menghargai jasa para pemimpin terdahulu.
Unsur-unsur patriotism
i.              Menghargai sejarah negara sendiri
ii.             Menghargai sumbangan golongan Sultan,para pembesar dan rakyat terhadap kemajuan kerajaan Melayu terdahulu.
iii.            Menyedari akan kebolehan dan kebijaksanaan orang-orang melayu mentadbir sebuah kerajaan dengan cemerlang pada zamannya.
Langkah/
masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi/
4 minit
Kerajaan Melayu Melaka
1.Guru mengedar 2 keping gambar secara terbaik kepada 5 kumpulan murid.
2.Minta murid menterbalikkan gambar secara serentak.
3. Bersoal jawab tentang suasana dalam gambar pertama iaitu suasana di dalam sebuah istana.
4. Guru mengaitkan gambar suasana dalam istana dengan gambar ke dua iaitu gambar replika Istana Melaka.

KBKK
-menghubung kait.
Kecerdasan pelbagai:
-interpersonal
Unsur patriotism:
-bangga dengan sejarah bangsa

Langkah 1/6 minit
Struktur Kerajaan Melayu Melaka
1.     Bersoal jawab tentang struktur pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Guru besar dan tiga orang penolong kanan.
2.     Soal jawab struktur kerajaan Melayu Melaka.Guru mengaitkan kedua-duanya.
3.     Melukis rajah mudah bagi kefahaman murid.






4.     Contoh;










5.     Guru memberi penerangan bahawa Sultan merupakan ketua kerajaan dan dibantu oleh empat orang pembesar atau pembesar 4 lapis.


KBKK:
-membuat andaian.
- menghubung kait

Kecerdasan pelbagai:
-interpersonal
-pemerhatian






Penerapan nilai:
-kerjasama
-taat setia
-kepatuhan

BBM:
-kad perkataan

Langkah 2/7 minit

Peranan Sultan dan 4 pembesar kerajaan
1.     Soal jawab peranan Sultan dan 4 orang pembesar.
2.     Minta murid beri pendapat.
3.     Guru menampal kad-kad ayat yang dituliskan bidang tugas setiap jawatan dalam struktur pentadbiran Kerajaan Melaka.
4.     Membentuk 5 kumpulan perbincangan dengan setiap satu berbincang dan memilih bidang tugas jawatan secara berasingan.
5.     Guru mengedarkan helaian kertas mengandungi peranan setiap jawatan pembesar yang ditaip secara bercampur kepada 5 kumpulan perbincangan.
6.     Meminta setiap kumpulan berbincang dan memilih peranan dan tugas setiap pembesar.
7.     Murid menjalankan perbincangan kumpulan dengan merujuk buku teks dan seliaan guru.

KBKK
Memberi pendapat.
Memberi penerangan.
Perbincangan kumpulan.
Membuat andaian.
Membuat rujukan.
Nilai:
Mencirikan.
Kerjasama.

BBM:
Kad bacaan.
Buku teks.
Kertas jawapan.

Langkah 3/6 minit

Memadankan peranan Sultan Melaka dan 4 orang pembesar Kerajaan Melaka

1.     Hasil daripada perbincangan kumpulan,guru meminta dua orang wakil daripada setiap kumpulan untuk memilih kad-kad ayat di hadapan kelas untuk dipadankan dengan jawatan pembesar yang telah dilekatkan di papan putih di hadapan kelas.
2.     Wakil setiap kumpulan akan memilih berdasarkan keputusan perbincangan kumpulan mengikut jawatan tertinggi mengikut giliran.
3.     Setelah selesai aktiviti padanan,guru memberi penerangan tentang setiap bidang tugas dan peranan berkaitan.
4.     Guru dann murid berbincang secara ringkas persamaan beberapa jawatan kerajaan sekarang dengan jawatan pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Contohnya seperti Menteri Kewangan sama jawatan dengan Penghulu Bendahari dan sebagainya.
5.     Menjalankan sesi soal jawab dan penerangan perkara yang kurang difahami oleh murid.


KBKK;
Membuat rumusan.
Membuat padanan.
Mencirikan.





Penerapan nilai;

Kerjasama.
Tanggungjawab.
Memberi perhatian.

BBM:
Kad perkataan.
Kad ayat.









Langkah 4/4 minit

Menyalin nota


1.     Setelah selesai penerangan dan soal jawab,guru meminta semua murid membuat catatan hasil aktiviti memadankan jawatan pembesar yang dilaksanakan tadi dalam buku latihan.
2.     Menyalin nota hasil perbincangan dan aktiviti padanan dalam p&p.


KBKK:
Mencirikan.
Penerapan nilai:
Tanggungjawab.
BBM:
Buku catatan/latihan.


Penutup/
2 minit



Refleksi dan rumusan

1.     Guru meminta ketua kelas untuk membuat rumusan tajuk pelajaran  dan membuat refleksi tentang pemahaman mereka dalam p&p berkaitan struktur Kerajaan Melayu Melaka.



KBKK:
Merumuskan.
Nilai:
Tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment