Wednesday, November 14, 2012

Sejarah Kampung Lekir...


    Kawasan Mukim Lekir dipercayai telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Ia dipercayai perkampungan terawal yang wujud di Negeri Perak. Menurut cerita orang tua-tua di sini, Mukim Lekir mula diterokai pada1798 yang diketuai Haji Ahmad Haji Laji atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Gandah di kalangan masyarakat setempat. Mengikut legenda, nama “Lekir” berasal dari sejenis pokok yang suatu ketika dahulu tumbuh melata di kawasan kampung. Lekir juga suatu ketika dahulu terkenal dengan keagungannya sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan di Dinding atau telah dikenali dengan nama Manjung ketika ini.

   Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sedikit demi sedikit kegiatan perdagangan dan pelabuhan berpindah ke kawasan Tanah Merah (Lumut) dan Simpang Empat (Sitiawan). Kemasyhuran Pelabuhan Dinding beransur-ansur lenyap berikutan arus perubahan zaman.


3 comments:

  1. Tahniah...perkongsian ilmu yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi maklumat. Blog yang banyak informasi. Tahniah, cikgu!

    ReplyDelete
  3. sejarah nama lekir ad di masjid rahmaniah batu 8 ... situ ad batu peringatan ...

    ReplyDelete