Nota Sejarah

Kesultanan Melayu Melaka
Pengasasan Melaka

1.        Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.

2.      Parameswara merupakan putera raja dari Palembang,Sumatera.Parameswara melarikan diri ke Temasik setelah gagal membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit.

3.      Parameswara telah menguasai Temasik dan telah menimbulkan kemarahan Siam kerana Temasik menjadi negeri naungan Siam pada ketika itu.

4.  Parameswara melarikan diri dari Temasik dan menuju ke Muar setelah mengetahui Siam akan menyerang Temasik.

5.Akibat merasa tidak selamat,Parameswara meneruskan perjalanannya dari Muar menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam.

6 Perjalanan Parameswara akhirnya tiba di sebuah perkampungan nelayan.


Melaka Mendapat Nama

1.      Setelah tiba di sebuah perkampungan nelayan,Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok yang dikenali sebagai pokok Melaka.

2.    Semasa berehat di situ,Parameswara serta pengikutnya telah melihat kejadian anjing pemburuannya telah ditendang oleh pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.

3.  Parameswara menganggap peristiwa tersebut sebagai amat ganjil kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan seekor anjing.

4.  Paramesrwara merasakan tempat tersebut sebagai istimewa untuk didirikan sebuah kerajaan.

5. Parameswara telah menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat tersebut.

Balairong Seri

Balai bermaksud gedung atau rumah adat,iaitu tempat bagi diadakan segala upacara adat istana.Ia turut dikenali sebagai Balai Penghadapan dan dikhaskan untuk adat istiadat rasmi sesebuah negeri yang mempunyai Sultan.

Selain dijadikan sebagai tempat bagi menjalankan upacara rasmi istana,Balairong Seri juga menjadi tempat menjalankan upacara di-Raja seperti berikut;

1. Upacara Pertabalan Sultan,Pemasyhuran Sultan,Perlantikan Pemangku Sultan,Raja Mahkota dan sebagainya.

2. Upacara dan istiadat perkahwinan dan persandingan di-Raja.

3. Upacara Mengangkat Sumpah Pemasyhuran atau Pertabalan.

4. Upacara Penganugerahan Pingat Kerajaan.

5. Upacara Majlis Keputeraan Sultan.

6. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,Balairong Seri turut dijadikan sebagai ruang perantaraan atau titik pertemuan di antara Sultan dengan para pembesar negeri,rakyat,tetamu atau utusan dari kerajaan luar.

No comments:

Post a Comment